Mesyuarat Agung PIBG SMK St. Mark telah berlangsung pada 26 April 2025 dan telah dihadiri oleh YB Senator Dr. Lingeshwaran A/L Dato’ Seri R. Arunasalam, Ahli Dewan Negara, serta En. Mugilan A/L Mariappan @ Chandra, Yang Dipertua PIBG.
Dalam mesyuarat tersebut, pihak sekolah telah membentangkan pencapaian akademik yang memberangsangkan bagi tahun 2024. Peratus kelayakan menerima sijil meningkat kepada 89.35%, berbanding 74.63% pada tahun 2023 — peningkatan sebanyak 14.72%. Gred Purata Sekolah (GPS) turut menunjukkan penambahbaikan, daripada 5.91 (2023) kepada 5.07 (2024), iaitu perbezaan sebanyak 0.84.
Bilangan calon cemerlang (5A ke atas) juga meningkat kepada 20 orang pada tahun 2024, berbanding hanya 11 orang pada tahun 2023, manakala 2 orang calon memperoleh semua A (straight A) pada tahun 2024 berbanding tiada calon pada tahun sebelumnya.
Pelbagai usul telah dibincangkan secara konstruktif antara pihak PIBG dan pihak sekolah. Beberapa alternatif telah dikenalpasti dan diutamakan dalam usaha mencapai objektif serta matlamat pendidikan yang holistik dan berkualiti di SMK St. Mark.