Majlis perasmian bangunan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mark telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, yang turut melahirkan rasa bangga terhadap kemajuan infrastruktur pendidikan di negeri ini. Kemudahan bangunan baharu ini dijangka dapat memberikan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif kepada para pelajar dan guru. Usaha ini diharap dapat memperkasakan lagi kualiti pendidikan di SMK St. Mark dan menyumbang kepada kecemerlangan akademik serta sahsiah para pelajar.



















