Pemasangan smart board di SMK St. Mark merupakan salah satu inisiatif ke arah pemantapan infrastruktur digital di sekolah. Langkah ini bertujuan untuk menambah baik persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan interaktif dalam kalangan murid. Dengan adanya smart board, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih dinamik melalui penggunaan bahan multimedia, akses kepada sumber pembelajaran dalam talian, serta kemudahan interaksi dua hala antara guru dan pelajar. Justeru, pemasangan smart board merupakan satu langkah progresif dalam merealisasikan transformasi pendidikan digital di sekolah.