Dasar Kualiti Sekolah

DASAR KUALITI SMK.  ST.  MARK  BUTTERWORTH

SMK St. Mark  komited untuk menyediakan dan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan dan menyediakan modal insan yang seimbang dan lengkap, berketrampilan, berwibawa, berakhlak mulia dan berupaya menggunakan ilmu pengetahuan untuk kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara . Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mengurus sekolah secara berkualiti dan meningkatkan keberkesanan sekolah secara berterusan.

 

NILAI SEKOLAH

Kerja Berpasukan Warga SMK St. Mark sentiasa mengamalkan kerja berpasukan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk mencapai matlamat sekolah
Kepimpinan Warga SMK St. Mark menunjukkan amalan dan gaya kepimpinan lestari yang sentiasa meningkatkan prestasi kerja untuk kecemerlangan sekolah
Budaya Ilmu Warga SMK St. Mark sentiasa berusaha untuk mewujudkan budaya cintakan ilmu dalam kalangan murid melalui pelbagai pendekatan yang berkesan
Penyayang Warga SMK St. Mark sentiasa mengamalkan budaya sekolah penyayang dan sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan murid
Jangkaan Tinggi SMK St. Mark sentiasa meletakkan harapan dan jangkaan tinggi terhadap keupayaan murid untuk mencapai kejayaan
Kreatif dan Inovatif Warga SMK St. Mark sentiasa berusaha mencari dan mengamalkan kaedah yang kreatif dan inovatif dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran
Sumber Warga SMK St. Mark mengoptimumkan sumber pendidikan, kewangan, manusia dan benda untuk kecemerlangan pengurusan sekolah