Piagam Sekolah

Kami warga SMK St. Mark Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam, Berikrar dan berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga dan Usaha Kami Untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua pelanggan kami :

 

Murid

  • Memastikan murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual waktu kelas.
  • Memastikan keselamatan murid terjamin semasa berada di sekolah.
  • Memastikan setiap murid terlibat dalam sekurang-kurangnya 3 aktiviti kokurikulum
  • Memastikan semua pelajar dapat akses kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
  • Memastikan setiap murid mendapat ID Frog VLE
  • Memastikan penyediaan makanan oleh pihak kantin sekolah adalah berkhasiat mengikut harga yang telah ditetapkan dalam tender.
  • Memastikan semua murid mendapat buku SPBT.
  • Memastikan buku latihan murid disemak dan dikembalikan dalam masa 2 hari.

 

Guru Dan Staf

  • Mengadakan latihan dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 7 kali setahun.
  • Memastikan semua guru mendapat buku rekod mengajar, jadual waktu persendirian seminggu sebelum sesi persekolahan bermula.
  • Memastikan setiap guru dan staf mendapat senaskah buku panduan sekolah dan buku direktori dan takwim sekolah.
  • Memastikan guru menyediakan rancangan mengajar harian sebelum masuk kelas untuk pengajaran dan pembelajaran.
  • Memastikan bilik guru berada dalam suasana yang kondusif untuk guru bekerja.

 

Ibu Bapa

  • Segala aduan dan rayuan secara bertulis diproses dalam masa satu minggu.
  • Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian pelajaran anak-anak dalam masa 4 minggu setiap kali selepas peperiksaan dijalankan.
  • Memastikan perkhidmatan di kaunter akan diberikan selewat-lewatnya dalam tempoh 15 minit.
  • Mengadakan permuafakatan dengan ibu bapa/penjaga sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

 

Komuniti

  • Memberi layanan dan perkhidmatan terhadap aktiviti kemasyarakatan mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.
  • Memberi peluang pihak komuniti menyampaikan taklimat mengenai peluang pekerjaan di tempat mereka sekurang-kurangnya sekali setahun.
  • Menyediakan program bersama komuniti sekurang-kurangnya sekali setahun.

 

Pihak Berkepentingan

  • Meletakkan segala maklumat terkini dari pihak berkepentingan di papan kenyataan guru selepas 1 hari diterima.
  • Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada PPD, JPN dan KPM mendapat maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Memberi kerjasama dalam melaksanakan program kecemerlangan murid yang dianjurkan oleh PPD, JPN dan KPM.
  • Memastikan maklumat kehadiran murid dan keberadaan guru yang diperlukan dalam dashboard Kementerian dilaksanakan sebelum pukul 9.00 pagi.