Sejarah Sekolah

Sejarah SMK. St. Mark sepintas lalu
[portfolio_slideshow]

 

1885

 Rev. H. McDougal Courtney,  ‘mission chaplain’ bagi The Province Wellesley Anglican Mission telah membuka sekolah ketujuh di Seberang Perai dengan nama  Butterworth School  dan ditempatkan di Jalan Telaga Air, Butterworth.  Sekolah dimulakan dengan 24 orang pelajar,  seorang guru,  tiga meja pelajar,  enam bangku panjang,  satu meja guru dan satu papan hitam.

 

1887

 Sekolah mencatatkan keputusan yang memuaskan

 

1889

 Rev. H. McDougal Courtney  meninggal dunia.  Prestasi sekolah semakin merosot.  Pada Julai 1889, Mr. E.A.B. Brown,  Setiausaha Kehormat The Province Wellesley Mission mengarahkan sekolah ditutup atas alasan prestasi yang lemah.

 

1889 – 1900

 Tiada sebarang usaha untuk memulakan sekolah di kawasan Butterworth.

 

1901

 Mr. W.G. Gray bekas guru Penang Free School memulakan sebuah sekolah aliran Bahasa Inggeris di Butterworth dengan nama Butterworth English School.  Sebuah rumah persendirian beralamat 338, Jalan Telaga Air dijadikan sebagai sekolah dengan bilangan pelajar seramai 30 orang.  Pemilik rumah seorang wanita tua berketurunan Cina berazam untuk mendidik anak-anaknya dalam Bahasa Inggeris telah menawarkan rumahnya untuk dijadikan sebagai sekolah secara percuma.  Rumah ini masih wujud di Jalan Telaga Air.  Setelah bilangan pelajar bertambah,  The Butterworth English School berpindah ke sebuah bangunan di Jalan Bagan Luar ( Panggung Rex dan sekarang menjadi Kelab Masters ). 

 

1903

 Mr. Gray telah berpindah ke Johor disebabkan perselisihan faham dengan penyelia sekolah. Mr. Gray menyerahkan sekolah kepada S.P.G. Mission.  Mission Chaplain ketika itu Rev. H.C. Henham menerima sekolah dan menukar nama kepada SPG Mission School.  Sekolah ditempatkan di sebuah rumah atap di Jalan Bagan Luar.  Mr. Matthew Balavendrum menjadi Guru Besar sehingga 1912.

 

1912 – 1930

 Sekolah dipindah ke sebuah bangunan di antara stesen kuarantin lembu dan syarikat Messers Kinloch & Co.  Kemudian berpindah ke sebuah lagi bangunan di Kampung Gajah ( panggung Odean ).  Ketidaksesuaian tapak sekolah ditegur oleh penyelia sekolah dan mengarahkan dipindah ke tapak lain atau sekolah ditutup.  Sekolah dipindah dan menumpang bangunan bekas Sekolah Melayu Jalan Mengkuang yang telah berpindah ke bangunan baru.

 

1913 – 1914

 Mr. Neethithason dilantik sebagai  Guru Besar

 

1915 – 1916

 

 Mr. G. Ganaragasam menjadi   Guru Besar

 

1916 – 1917

 

Mr. A.T. Eames  menjadi  Guru Besar

 

1917 – 1931

 

Mr. G. Sandosham dilantik sebagai Guru Besar.  Membuka sekolah baru dengan nama St. Annes English School ( sekarang SK. St. Mark Prai ) pada tahun 1931.

 

1933

 Mr. W.H. Ponniah menjadi Guru Besar.  Prestasi sekolah semakin merosot.  Bishop di Singapura menghantar Rev. Romanis Lee dari St. Andrew School untuk memantau sekolah ini.  Rev. Romanis mencadangkan agar seorang guru berkelayakan dari St. Andrew School dihantar untuk mengurus sekolah ini memandangkan ianya merupakan satu-satunya sekolah anglikan di Butterworth.

 

1934

Bishop Singapura bersetuju dengan cadangan Rev. Lee dan menghantar Mr. Dong Chui Sing dari St. Andrew untuk menguruskan sekolah. Dalam masa dua hingga tiga tahun,  prestasi sekolah melonjak.

 

1937

 Mr. Dong Berjaya mengumpulkan dana dan membeli dua ekar tanah di Jalan St. Mark dan dibina bangunan sekolah dengan sembilan bilik darjah dan sebuah pejabat.  Bangunan sekolah St. marks  dibuka dengan rasmi di Jalan St. Mark  oleh Bishop Singapura pada St. Mark’s Day  ( 25 April 1937). Mr. Dong berpindah ke Singapura.  St. Mark menjadi semakin mantap dengan bilangan pelajar mencecah 300 orang.

 

1940

 Mr. Tan Ah Hung,  seorang guru kanan St. Andrew’s School menggantikan Mr. Dong sebagai guru besar.

 

1941

 

Perang Dunia kedua meletus.  Sekolah diambil alih oleh tentera British dan ditempatkan senjata anti-pesawat di kawasan sekolah.

 

1942

 

Jepun menakluk Tanah Melayu.  St. Marks diambil alih oleh Jepun dan ditukar nama kepada Dai Go Indo Gakko.

 

1943

 

Sekolah ditukar nama lagi kepada Ju San Nihon Gakko.  Sepanjang penaklukan Jepun, perabot kayu dan papan dinding diguna sebagai kayu api oleh tentera Jepun.

 

1945

 Setelah Jepun berundur,  kesemua perabot kayu dan papan telah habis diguna sebagai kayu api.  15 Oktober 1945,  Mr. Tan memulakan semula sesi persekolahan. Pelajar diminta membawa kerusi sendiri , manakala meja disumbang oleh orang ramai.  Sekolah kelihatan seperti sebuah ‘show room’ perabot terpakai.

 

1950

 Mr. Tan dengan kerjasama beberapa pertubuhan , berjaya mengumpul dana dan membina empat lagi bilik darjah, sebuah perpustakaan dan sebuah dewan.  Dewan ini diberi nama Romanis Lee Hall sebagai mengenang jasa Rev. Romanis Lee yang telah mendermakan kesemua hartanya kepada St. Mark sebelum berpindah ke England dan menetap di rumah warga tua. 

Batu asas untuk pengubahsuaian sekolah disempurnakan oleh Ven Archdeacon Collier ( North Malaya ) pada 4 Februari 1958 dan pada 28 Julai 1950, bangunan baru dirasmikan oleh Rev. H.W. Baines, Bishop dari Singapura.

 

1952

 Mr. Tan Ah Hung bersara dan menjelang persaraannya, St. Marks telah menjadi sekolah rendah penuh dan sekolah menengah sehingga peringkat sijil. Mr. W.H.Wakefield (B.A., B.Sc.) dilantik sebagai pengetua, dan telah berusaha gigih untuk menambahkan bilangan pelajar.

 

1957

 Sekolah rendah dan sekolah menengah dipisahkan atas arahan kerajaan . Mr. Ang Cheng Kau menjadi guru besar sekolah rendah manakala Mr. W.H. Wakefield menjadi pengetua sekolah menengah.  Sekolah Menengah ditempatkan di sebidang tanah seluas 13 ½ ekar di 4th Milestone. (tapak sekarang di Bagan Ajam).  Sekolah dilengkapkan dengan makmal sains.

 

1959

 Upacara perasmian bangunan sekolah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Raja Tun Uda Al Haj Bin Raja Muhamed S.M.N.  (Gabenor pertama Pulau Pinang) pada 23 Mei 1959.  Pada 24 Mei 1959, Rt. Rev. Henry Wolfe Baines, Bishop dari Singapura telah menyempurnakan upacara ‘Holly Communion Service’ dan ‘blessing’  ke atas bangunan St. Mark.

 

1960

 Mr. W.H. Wakefield bersara pada Mac 1960 dan diganti oleh Mr. C.J. Manuel.  Dengan bantuan dan sokongan Rev. A.C. Peatfield, (M.A.),  dan Lembaga Pengarah Sekolah,  Pembangunan fasa kedua sekolah dapat disempurnakan dengan penambahan bilik darjah,  sebuah dewan dan sebuah bilik seni. 

(dipetik dari  David, Robert. The Light. Vol. 1. No. 1. 1963.)