Sambutan Hari Guru 2014

Majlis Perayaan Hari Guru tahun 2014 telah diadakan pada hari Selasa 27 Mei 2014 di Tapak Perhimpunan sekolah. Majlis bertambah seri apabila guru-guru berpakaian sekolah menepati tema sambutan Hari Guru peringkat sekolah iaitu “Back to School”.

30 July, 2014Permalink

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42, tahun 2014

Mesyuarat Agung PIBG SMK. St. Mark kali ke-42,  tahun 2014  telah diadakan pada 15 Mac 2014 (Sabtu) di Dewan SMK. St. Mark, Butterworth.  Majlis Perasmian Mesyuarat Agung telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Supian Bin Paiman, Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara.

Ahli Jawatan kuasa bagi sesi 2014 / 2015 adalah seperti berikut :

YDP – En. Lee Peng Hwa
Naib YDP – En. Ismail Abd. Majid
Setiausaha – Pn. Faridah Angkasah
Penolong Setiausaha – Cik Hasliwati
Bendahari – Pn. Wan Junaida Bt. Zainol Abidin
Penolong Bendahari – Pn. Norhayati Mamat

AJK Guru :
1. En. Nor Azman Taib
2. Pn. Gladis A/P Aloomalai
3. En. Chandran A/L Kanniah
4. Pn. Harn Siang Foong

AJK Ibubapa :
1. En. Lim Yak Lai
2. Pn. Kogilavani
3. Pn. Tan Lily
4. En. Paimin
5. En. Visvanathan

Juruaudit Dalaman  – En. Ong Chin Hock
Juruaudit Luar  – En. Salamuddin

 

9 April, 2014Permalink

Majlis Mesra Bersama Ibubapa (India) 2013

Majlis Mesra Bersama Ibubapa Pelajar India tahun 2013 telah diadakan pada 22 September 2013 di Kantin sekolah. Majlis disempurnakan oleh YB. Datuk R.S. Thanenthiran Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP). Para Penceramah terdiri daripada Datuk R.S. Thanenthiran, En. K. Ramasamay, mantan Pengetua SMK. St. Mark, En. Mohd. Pisal, Penolong Kanan Pentadbiran SMK. St. Mark dan En. K. Shanmuganathan, Ketua Guru Disiplin SMK. St. Mark.

20 January, 2014Permalink

Kem Kepimpinan 2013

Kem Kepimpinan 2013 telah diadakan pada 24 Ogos 2013 di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Cawangan Pulau Pinang. Kem ini telah disertai oleh Pengerusi dan Setiausaha Persatuan, Kelab dan Badan Unit Beruniform SMK. St. Mark.

20 January, 2014Permalink