Pengetua SMK. St. Mark.

 

Pengetua SMK. St. Mark yang baharu En. Murugan Muniandy telah mula bertugas sejak 28 November 2014.  Beliau menggantikan Mr. Ng Hook Waah yang telah bersara pada 10 September 2014.  Sebelum ini Mr. Murugan merupakan Penolong Kanan Kokurikulum di SMK. Jelutong, Pulau Pinang.  Mr. Murugan merupakan pengetua SMK. St. Mark yang ke-15.  Seluruh warga MARKIAN mengalu-alukan kedatangan Mr. Murugan  ke SMK. St. Mark Butterworth.

19 December, 2014Permalink

Kunjungan Pelajar Australia ke SMK St. Mark

Seramai 14 orang pelajar dan dua orang guru dari Quinn Baptist College, Perth Australia telah mengunjungi SMK. St. Mark, Butterworth pada 10 Julai 2014. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Antaranya perlawanan sepak takraw, perlawanan bola jaring dan bertukar-tukar cenderamata.

30 July, 2014Permalink

Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang 2014

Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mark telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua En. Ng Hook Waah. Antara aktiviti yang diadakan adalah deklamasi sajak oleh Cikgu Norul Hidayah dan Penyampaian Kad Hari Jadi dan Kek kepada 15 orang pelajar dan 4 orang guru yang harijadinya jatuh dalam bulan Februari.

11 March, 2014Permalink

Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Tahun 2013

Perhatian kepada semua pelajar Lepasan SPM dan STPM 2012,  tarikh-tarikh permohonan Kemasukan ke IPTA  2013 adalah seperti berikut :

7 JANUARI 2013 HINGGA 15 APRIL 2013 :
Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya.

7 JANUARI 2013 HINGGA 15 APRIL 2013 :
Jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka.

Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf – Jun 2013
lepasan STPM/Setaraf – September 2013

Maklumat lanjut sila layari Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA :  http://upu.mohe.gov.my

6 January, 2013Permalink