Kunjungan Pelajar Australia ke SMK St. Mark

Seramai 14 orang pelajar dan dua orang guru dari Quinn Baptist College, Perth Australia telah mengunjungi SMK. St. Mark, Butterworth pada 10 Julai 2014. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Antaranya perlawanan sepak takraw, perlawanan bola jaring dan bertukar-tukar cenderamata.

30 July, 2014Permalink

Lawatan ke Kuala Sepetang, Perak

Program Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Sepetang, Perak anjuran Persatuan Tingkatan Enam dan Persatuan Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 22 Mac 2014 (Sabtu). Penyelaras program ini ialah En. Chander Segar Pillay A/L Ramachandren. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah :

  • Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang
  • Kilang Arang
  • Mee Udang Mak Jah
  • Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim)
9 April, 2014Permalink

Majlis Pelancaran Remaja Berwawasan

Program Remaja Berwawasan sempena Second Wave Blue Ocean Policing Peringkat SMK. St. Mark, Butterworth telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Haron Bin Mohd. Yusof, Timbalan Komander Rejimen 509 Askar Wataniah, Pulau Pinang Pada 26 Februari 2014.

9 April, 2014Permalink

Pesta Ponggal 2014

Majlis Pesta Ponggal tahun 2014 telah diadakan pada hari Sabtu 22 Februari 2014 di medan letak kereta sekolah. Majlis disempurnakan oleh YB. Datuk R.S. Thanenthiran Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP). .

11 March, 2014Permalink

Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang 2014

Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mark telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua En. Ng Hook Waah. Antara aktiviti yang diadakan adalah deklamasi sajak oleh Cikgu Norul Hidayah dan Penyampaian Kad Hari Jadi dan Kek kepada 15 orang pelajar dan 4 orang guru yang harijadinya jatuh dalam bulan Februari.

11 March, 2014Permalink

Kem Kepimpinan 2013

Kem Kepimpinan 2013 telah diadakan pada 24 Ogos 2013 di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Cawangan Pulau Pinang. Kem ini telah disertai oleh Pengerusi dan Setiausaha Persatuan, Kelab dan Badan Unit Beruniform SMK. St. Mark.

20 January, 2014Permalink