Majlis Mesra Bersama Ibubapa Pelajar India tahun 2013 telah diadakan pada 22 September 2013 di Kantin sekolah. Majlis disempurnakan oleh YB. Datuk R.S. Thanenthiran Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP). Para Penceramah terdiri daripada Datuk R.S. Thanenthiran, En. K. Ramasamay, mantan Pengetua SMK. St. Mark, En. Mohd. Pisal, Penolong Kanan Pentadbiran SMK. St. Mark dan En. K. Shanmuganathan, Ketua Guru Disiplin SMK. St. Mark.
Category Archives: 2013
Kem Kepimpinan 2013
Kem Kepimpinan 2013 telah diadakan pada 24 Ogos 2013 di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Cawangan Pulau Pinang. Kem ini telah disertai oleh Pengerusi dan Setiausaha Persatuan, Kelab dan Badan Unit Beruniform SMK. St. Mark.
Majlis Anugerah Kecemerlangan 2013
Majlis Anugerah Kecemerlangan 2013 telah diadakan pada 6 Julai 2013 di Kantin sekolah. Majlis disempurnakan oleh YB. Ustaz Shabudin Yahaya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor.
Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013
Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 telah diadakan pada 22 Januari 2013 di Kantin sekolah. Majlis disempurnakan oleh YB. Dato’ Hajah Jahara Bt. Hamid, ADUN Telok Air Tawar.
Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Tahun 2013
Perhatian kepada semua pelajar Lepasan SPM dan STPM 2012, tarikh-tarikh permohonan Kemasukan ke IPTA 2013 adalah seperti berikut :
7 JANUARI 2013 HINGGA 15 APRIL 2013 :
Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya.
7 JANUARI 2013 HINGGA 15 APRIL 2013 :
Jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka.
Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf – Jun 2013
lepasan STPM/Setaraf – September 2013
Maklumat lanjut sila layari Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA : http://upu.mohe.gov.my
Selamat Tahun Baharu dan Selamat Kembali ke SMK. St. Mark
Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru-guru yang dedikasi, pelajar-pelajar dan juga Tahniah kepada semua ibu bapa pelajar Tingkatan 1 yang prihatin memilih SMK. St. Mark bagi menjamin pendidikan terbaik buat anak-anak.
Untuk mengembalikan suasana kembali ke sekolah, sila klik permainan kembali ke Sekolah oleh ASTRO CERIA.
Selamat bermain dan bersemangat ke sekolah!